Monday, December 14, 2015

Yakin

Bila kau dah start untuk memulakan sesuatu,tolonglah kuat.Hanya KEKUATAN yang dapat memberi kau keyakinan.Jangan mudah mengalah sebab tulah pemusnah harapan dan impian.Kau sendiri tahu yang kau kuat,tapi kau nafikan.Kenapa?

Sebab kau tak percayakan diri kau.Kau tahu yang semua itu dapat menghancurkan impian kau tapi kenapa masih terpaku untuk menerima semua itu?Biarkan ia pergi dalam kisah lama.Biarkan haluan yang engkau pilih membawa engkau ke destinasi.

Good luck diri sendiri.Good luck wahai saudari,saudara.In shaa Allah semuanya akan baik saja.





Allah dah merancang sesuatu yang baik untuk kita
              Terimalah dengan hati yang terbuka.Redhalah.

Saturday, November 21, 2015

Judging

Orang pandang kita macam kita ni dah cukup sempurna.Betul ke kita ni sempurna?Tak dan tak mungkin jadi.Walaupun dari luaran dah berubah,dalaman?Kita tak tahu macam mana.Jangan mudah judge orang sebab setiap insan ada kelemahan dan kekuatan dia yang tersendiri.Orang yang judge orang pun pernah kena judge sebab tulah dia nak judge orang lain.See?

People never satisfied  what they owned

Kenapa?Sebab kita tak pernah belajar untuk menerima kenyataan dan untuk belajar apa erti kesyukuran yang sebenarnya.Semasa kita masih ada peluang untuk belajar dan berubah ke arah yang lebih baik,baik buat sebab tak semua manusia dapat peluang kedua/ketiga.Kau cari peluang Allah bagi tapi kau tangguh then kau kemalangan or apa-apa jelah kemudian meninggalkan dunia ni.Nampak?Peluang dah melayang...

Mashaallah.Nauzubillah himinzalik.

Cuba cari jalan peluang saudara,saudari sementara nafas masih dapat dihembuskan dan disedut.Bila terhenti kau sudah tiada di dunia ini lagi.Sedarlah.Jangan judge orang yang nak berubah dengan masa silam dia.Itu sejarah lamanya.Dia sudah tak mahu membuka buku itu lagi.Kau bila?Dia lebih baik dari kau yang selalu men-judge orang..

Sunday, November 8, 2015

Jiwa

Bila kau rasa rebah,
Ingatlah Allah yang selalu ada bersama,
Carilah segera jalan untuk pulang,
Sesungguhnya ia jalan yang benar.

Jangan kau berputus asa,
Gagahkan hati,
Kuatkan jiwa,
Kejayaan menanti pasti.

Perasaan itu sering diuji,
Tiada penawar yang dapat menghilangkannya,
Tawakkal kepada Allah,
Hati tenang pasti.

Jiwa itu temannya raga,
Tiada kekuatan di jiwa,
Maka rebahlah raga,
Musnahlah anggota.

Islam itu agama yang benar,
Ajarannya menenangkan jiwa,
Jalan kembali sentiasa ada,
Hidayahnya tidak putus kepada kita.


Saturday, May 30, 2015

Kepercayaan + Kejujuran

Kepercayaan boleh hilang bila seseorang tak jujur dalam sebuah hubungan.Tak kisahlah relationship yang macam mana pun,kejujuran mesti ada.



Kejujuran adalah tonggak kepada sebuah hubungan

Kenapa perlu takut untuk jelaskan sesuatu jika kau memang tak buat benda tu?"dia takkan dengarnya kalau aku jelaskan"jika ini ayat yang anda akan kata,mohon simpan kembali.Alasan yang lapuk. Open minded sikit saudara,
Cuba try buat cara lain.Bagi nota ke,mesej ke and lain-lain.Rasanya seseorang yang masih menaruh harapan untuk memperbaiki hubungan dengan seseorang pasti akan mencari satu jalan untuk menjelaskan semuanya.Tapi jika sebaliknya,say bye.

Dan,Jika


Seseorang telah menaruh kepercayaan kepada anda,jagalah ia sebaiknya kerana kepercayaan ni satu perkara yang tak senang untuk didapatkan.

Kepercayaan senang untuk dimusnahkan tetapi  susah untuk dikembalikan

Monday, February 23, 2015

Kerajaan Hati

Kerajaan Hati tabahlah dikau dalam
 menerajui kehidupan yang berliku
Kerajaan Hati utuhlah berdiri di
puncak nan sepi

Kerjaan Hati biar kau sendiri tetapi
teguhlah berdiri walaupun onak dan duri
datang tanpa henti
Jangan Engkau Kecundang!

Biar beribu tikaman terkena padamu
Biarkan saja peritnya berlalu dan
Biarkan waktu menentukan apa yang bakal
terjadi kelak