Saturday, November 21, 2015

Judging

Orang pandang kita macam kita ni dah cukup sempurna.Betul ke kita ni sempurna?Tak dan tak mungkin jadi.Walaupun dari luaran dah berubah,dalaman?Kita tak tahu macam mana.Jangan mudah judge orang sebab setiap insan ada kelemahan dan kekuatan dia yang tersendiri.Orang yang judge orang pun pernah kena judge sebab tulah dia nak judge orang lain.See?

People never satisfied  what they owned

Kenapa?Sebab kita tak pernah belajar untuk menerima kenyataan dan untuk belajar apa erti kesyukuran yang sebenarnya.Semasa kita masih ada peluang untuk belajar dan berubah ke arah yang lebih baik,baik buat sebab tak semua manusia dapat peluang kedua/ketiga.Kau cari peluang Allah bagi tapi kau tangguh then kau kemalangan or apa-apa jelah kemudian meninggalkan dunia ni.Nampak?Peluang dah melayang...

Mashaallah.Nauzubillah himinzalik.

Cuba cari jalan peluang saudara,saudari sementara nafas masih dapat dihembuskan dan disedut.Bila terhenti kau sudah tiada di dunia ini lagi.Sedarlah.Jangan judge orang yang nak berubah dengan masa silam dia.Itu sejarah lamanya.Dia sudah tak mahu membuka buku itu lagi.Kau bila?Dia lebih baik dari kau yang selalu men-judge orang..

Sunday, November 8, 2015

Jiwa

Bila kau rasa rebah,
Ingatlah Allah yang selalu ada bersama,
Carilah segera jalan untuk pulang,
Sesungguhnya ia jalan yang benar.

Jangan kau berputus asa,
Gagahkan hati,
Kuatkan jiwa,
Kejayaan menanti pasti.

Perasaan itu sering diuji,
Tiada penawar yang dapat menghilangkannya,
Tawakkal kepada Allah,
Hati tenang pasti.

Jiwa itu temannya raga,
Tiada kekuatan di jiwa,
Maka rebahlah raga,
Musnahlah anggota.

Islam itu agama yang benar,
Ajarannya menenangkan jiwa,
Jalan kembali sentiasa ada,
Hidayahnya tidak putus kepada kita.