Friday, December 2, 2016

Bukan TetamuNYA

           Percaya atau tidak yang ketentuan hidup kita ni,telah ditulis?Macam mana pun kita sebagai orang islam wajib percaya sebab kita ada ruman iman yang ke-6 iaitu percaya kepada qada' dan qadar.

Meh aku share satu cerita:

Sepatutnya aku akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 11 haribulan ni tapi bukan rezeki.Ada masalah sikit.Memang ramai yang mengikuti program ni sedih sebab masalah yang timbul ni.Tapi kita sebagai manusia,kena reda sebab mungkin kita ni bukan tetamu DIA lagi.

Keep being positive.Jangan nak suuzon(bersangka buruk) sangat.

Allah tu Maha Adil
Allah tu Perancang Terbaik

Perancangan Allah yang paling terbaik.Andai benar kita ni tetamu DIA,pasti kita akan berpeluang ke sana.Berdoalah banyak -banyak.Semua orang layak jadi tetamu Allah,Sama ada kau ni baik ke tak baik ke Allah tetap terima,mana tahu sampai di tanah suci kau dapat hidayah?Allahhuakhbar.



Wallahhualam.


Friday, July 1, 2016

Salam Muhibah

  Salam muhibah kali ni lain sikit.Bila aku salam dengan kawan-kawan yang lain.Aku tak lah rasa sebak tapi bila salam dengan kawan baik sendiri yang almost 10 tahun ni,tiba-tiba aku sebak sendiri.Tak tahu orang perasan tak tapi dia perasan lah.

Bila aku fikir balik,betul lah makin kita rapat dengan seseorang,makin banyak salah kita dengan dia.So,korang yang ada kawan baik sendiri tu jaga lah diaorang.Jangan biar diaorang hanyut dalam dunia yang sia-sia.Well,good things need to be share kan?

Kawan yang ada sekarang ni,jagalah diaorang.Bila kau sebak macam aku tu,tanda yang kau sayang kawan kau.Kau perlukan dia.Kau perlu dia untuk dengar semua benda yang kau nak cerita walaupun benda remeh.

Bye, :)


Saturday, May 21, 2016

Marah

Marah?

Kemarahan datang bila kau terima sesuatu yang tak sesuai dengan kau.Contohnya,kawan kau usik barang kau tiba-tiba ke?Kawan kau tikam belakang ke?Kena fitnah ke.contoh je.

Kau tahu x macam mana nak kurangkan kemarahan?


  • Ambil wuduk
  • Duduk

Kau jangan lah ikut sangat perasaan.Semua orang ada perasaan marah.Tapi kenapa ada orang yang boleh tahan marah?Boleh sabar?Cuba kau tanya diri kau..

Sebenarnya,kemarahan yang kau tunjukkan,menunjukkan kelemahan kau sendiri.Menunjukkan kau ni seorang yang lemah.Lemah dalam mengawal emosi.

Come on guys!

Aku pun ada perasaan marah,tapi aku tak tunjuk.Aku malas nak cara benda yang kecil.
Kadang-kadang benda yang kecil boleh jadi besar bukan?Sampai wujudnya pergaduhan.Rileks kawan,Allah ada perancangan yang baik untuk kita.

Sekurang-kurangnya kau tahu perangai kawan kau yang sorang tu.Nampak tak hikmahnya?Tapi jangan pulak bila dia mintak maaf,kau tak nak.Jalankanlah persahabatan seperti biasa cuma berpada-pada dengan dia.